Friday 27 February 2015

KEPUTIHAN~~Rawat Segera !!

KEPUTIHAN YANG MELANDA WANITA



RAMAI menganggap menceritakan mengenai masalah alat sulit atau alat kelamin kepada orang lain sesuatu yang tabu atau memalukan. Akibatnya ramai wanita mengambil sikap berdiam diri apabila berhadapan masalah ini kerana tidak mahu diketahui orang lain.

Hakikatnya pada zaman sains dan teknologi ini, hal berkaitan masalah membabitkan kawasan paling sensitif bagi wanita tidak sepatutnya disembunyikan. Dalam kehidupan mereka, penjagaan alat sulit dianggap penting kerana berkait rapat dengan perkara yang berlaku kepada hampir semua wanita seperti pengeluaran darah haid serta hubungan seksual dan kehamilan bagi wanita yang sudah mendirikan rumah tangga. Alat sulit yang tidak dijaga sepenuhnya akan menyebabkan jangkitan kuman yang menjadi punca kepada masalah keputihan serta penyakit berkaitan seksual.


Menurut Pakar Sakit Puan Hospital Pakar KPJ Tawakal, Dr Jaafar Yaakob, keputihan adalah masalah normal yang berlaku pada semua wanita. Bezanya sama ada masalah ini serius atau sebaliknya.
Ini berlaku kerana bahagian alat sulit wanita sangat sensitif pada perubahan persekitaran terutama keasidan dan kealkalian. Justeru, setiap perubahan sama ada disebabkan jangkitan kuman seperti bakteria, virus dan kulat, penggunaan produk pembersih atau persekitaran akan menyebabkan ketidakselesaan, gatal atau mengeluarkan keputihan yang tidak normal serta berbau.

Keputihan adalah cairan atau lendir yang keluar daripada liang faraj selain daripada darah haid. Ada keputihan yang normal dan ada yang tidak normal serta memerlukan rawatan selanjutnya,” katanya.

Menurut Dr Jaafar, pengeluaran cairan atau lendir pada kelenjar mulut vagina (faraj) dipengaruhi rangsangan berahi. Oleh kerana itu lendir ini akan meningkat jumlahnya dalam keadaan terangsang dan pada waktu berlakunya persetubuhan.

Pengeluaran cairan pada selaput liang vagina dan rongga rahim dipengaruhi oleh hormon. Oleh itu lendir ini akan meningkat jumlahnya sebelum dan sesudah haid atau sewaktu menghampiri waktu subur. Pada peringkat menopaus, pengeluaran cairan atau lendir ini akan berkurang.

“Dalam kes normal, cairan atau lendir daripada ketiga-tiga sumber ini berwarna jernih, tidak berbau dan tidak diiringi rasa gatal. Kadangkala cairan ini boleh keluar dengan banyak, tetapi tetap jernih. Ini banyak berlaku kepada semua wanita yang menghampiri waktu subur, sebelum atau sesudah datang bulan,” katanya.
Selain itu, cairan normal ini juga boleh berlaku kepada wanita yang sedang mengalami gangguan jiwa seperti bersedih atau gembira, wanita hamil, wanita yang mengambil pil perancang keluarga, wanita yang sedang dalam rawatan menggunakan ubat hormon malah bayi perempuan di antara umur satu hingga 10 hari boleh menghasilkan cairan daripada vaginanya akibat pengaruh hormon yang dihasilkan oleh plasenta atau uri.

“Wanita yang mengalami semua tanda di atas tidak perlu risau kerana ini adalah perkara biasa asalkan keputihan dialami tidak menyebabkan rasa tidak selesa atau gatal. Untuk mengenali keputihan yang tidak normal, biasanya cairan yang keluar bersifat putih pekat, kelihatan seperti nanah, sering berbau busuk serta diiringi rasa gatal pada sekeliling faraj,” katanya yang menolak dakwaan keputihan disebabkan faktor pemakanan.

Dr Jaafar menjelaskan, keputihan biasa berlaku disebabkan jangkitan bakteria dan kulat. Keputihan disebabkan jangkitan bakteria akan berwarna kuning, berbau hamis dan gatal pada kemaluan. Keputihan yang disebabkan jangkitan kulat pula berwarna susu bergumpal, berbau masam, rasa gatal dan kemaluan akan membengkak dan merah.

Katanya, keputihan kerap berlaku kepada wanita hamil, namun tidak berbahaya kerana disebabkan faktor psikologi saja. Apabila sudah melahirkan anak, masalah ini hilang dengan sendirinya.

“Namun, jangan diabaikan jika keputihan yang anda alami berada pada tahap kritikal kerana akan menyebabkan kelahiran bayi pramatang manakala kuman betahemolytic staph aureus akan menjejaskan kesihatan bayi. Bagi wanita yang belum berkahwin, keputihan akan menyebabkan mereka sukar mendapat anak, gangguan haid, kesakitan serta ketidakselesaan ketika ‘bersama’,” katanya lagi.

Menurut Dr Jaafar, keputihan yang tidak normal boleh dielakkan jika wanita mengamalkan penjagaan kebersihan alat sulit terutama ketika haid.
“Ketika haid, wanita dinasihatkan kerap menukar tuala wanita terutama pada hari yang banyak darah keluar. Ini kerana darah adalah medium yang sesuai untuk kuman membiak. Bagi wanita yang menggunakan tampon mereka perlu ingat untuk menukarnya selalu,” katanya.

Selain itu, elakkan menyabun atau menyapu gel pembersih pada alat kelamin kerana ini mungkin menyebabkan kekeringan, radang kulit dan gatal. Sesetengah wanita sensitif dan alah pada pewangi dalam buih sabun.

Pasangan suami isteri pula digalakkan membersihkan alat kelamin dengan air sebelum dan selepas hubungan seks untuk kebersihan yang optimum, begitu juga selepas membuang air kecil serta besar.


Amalan melakukan douching iaitu memasukkan jari atau pancutan ke dalam faraj dengan tujuan membersihkan bahagian dalam faraj adalah tidak baik dan boleh menyebabkan punca keputihan.
“Ini kerana perbuatan ini akan menyingkirkan sejenis bakteria baik iaitu lactobacilli dari faraj di samping mendedahkan faraj dan bahagian luar kemaluan kepada bahan kimia yang boleh mengakibatkan masalah kulit,” ujarnya.

Katanya, pemakaian pakaian dalam jenis sintetik yang terlalu ketat akan menambahkan lagi masalah keputihan. Ini kerana fabrik jenis ini akan menyebabkan kulit berpeluh, tiada peredaran udara pada kulit dan akhirnya menggalakkan kuman membiak.

Sebaiknya pakai pakaian dalam jenis kapas dan menukar setiap hari dan lebih kerap pada hari mengalami keputihan. Seeloknya pakai pelapik seluar dalam supaya tidak melekat pada pakaian dalam yang menyebabkan ketidakselesaan. Bagi wanita yang mengalami masalah keputihan yang serius, biasanya rawatan diberikan mengikut jenis kuman pada cairan vagina. Selepas itu doktor akan memberikan antibiotik bagi mengawalnya.

“Namun begitu, seelok-eloknya wanita yang mengalami masalah keputihan dinasihatkan berjumpa doktor untuk mendapatkan pengesahan sama ada ia berpenyakit atau tidak, supaya rawatan dapat diberikan sebelum penyakit serius,” jelasnya. – HM (13/12/2010)


RAWAT MASALAH KEPUTIHAN ANDA DENGAN SET KEPUTIHAN SHAKLEE



GLA Complex
  • Mengeluarkan virus, meningkatkan stamina
  • Menstabilkan hormon dengan mengawal selia estrogen dan testosteron
  • Meningkatkan sistem imun tubuh
  • Mengurangkan inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, kurap, tinea, memperbaiki bintik penuaan
  • Meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma, arthritis
  • Menghalang komplikasi diabetes dengan merendahkan gula darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi.

Alfalfa Complex
  • Mencuci hati, darah dan usus - Alfalfa adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.
  • Melawan alahan - Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air dengan berkesan.
  • Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut - Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.

Garlic Complex
  • antibiotik semulajadi untuk mempertingkatkan sistem imun tubuh, menghalang penyakit berjangkit seperti selsema, kulat, kuman, virus dan yis candida.
  • menghalang alergi - hidung sensitif, sinus, alergi, asthma, selsema dan hepatitis.
  • mempertingkatkan sistem penghadaman - kembung perut, gastrik, ketidakhadaman, malah mampu menentang bakteria H.pylori dan menghalang ulser gastrik. 
  • menstabilkan glukos di dalam tubuh
  • menurunkan kolesterol
  • menurunkan darah tinggi
  • detoksifikasi

Harga Produk:
GLA : 
60 biji
WM RM91.25    EM RM 95.00

ALFALFA :
Small :
330 biji
WM RM53.75     EM RM56.25
Large :
700 biji
WM RM97.50     EM RM102.50

GARLIC :
60 biji
WM RM47.50     EM RM50.00


HUBUNGI WAKIL PENGEDAR ANDA

SITI NOR RASYIDAH HASAN
SID 1167689
014 5562704

Dapatkan Potongan Harga Sehingga 15%-20% Dengan
Mendaftar Keahlian Anda!

RM 75 Seumur Hidup!
*termasuk postage starter pack

Monday 23 February 2015

JERAWAT??..Petua Hilangkan Jerawat

Hai uolls...iolls nak kongsi sikit petua hilangkan bekas jerawat dan jeragat..Uols mesti pernah alami jerawat-jerawat ni kan... Setiap orang pernah alami tak kiralah sikit ke banyak ke kecik ke besar ke...

Apa perasaan bila tiba-tiba bangun oagi ada sebiji jerawat yang besar?? OMG!!! Rasa macam tak nak keluar rumah kan? Pastu mulalah fiir macamana nak cover nih? Dalam hati, 'aku tak ready untuk digelakkan oleh kawan-kawan ofis, kawan-kawan kelas'..Hahahaa..

Walaupun sebiji, Tapi.......

Okay no worries...kite cuba cara tradisional nih...tapi uolls kena selalu amalkan untuk elakkan keluar jerawat-jerawat yang comel tuh..hehee

10 Petua Tradisional

  1. Mula2 amek sehelai daun sirih, rendam dengan air panas dalam gelas atau bekas ape2 lah..Lepas tu, tunggu air tu sejuk dan daun sirih tu kering..Selawat 3 kali pastu basuh muka dengan air tadi..jangan lap muke tu..biarkan kering...in shaa Allah dapat rawat jerawat tu..kecutkan dia..
  2. Pakai daun jambu biji yang muda, amek bahagian pucuk dia. Cucikan daun tadi, cuci bersih-bersih tau..lepas tu ramaskan dengan air. Air tu buat cuci muka..Amalkan setiap hari lagi elok..
  3. Kalau yang duduk hostel tu, iolls selalu pakai colgate. Ubat gigi yang uolls pakai tuh, boleh kecutkan jerawat. Sebelum tidur, uolls sapukan sikit kat jerawat tuh. Tapi jangan buat setiap hari, nanti kulit muka uolls macam burn pulak sebab ubat gigi tu kan berangin, nanti melecur kulit muka.
  4. Amek bedak sejuk, garam dan air asam jawa, campurkan jadi satu cecair. Selwat 3 kali, pastu sapu pada jerawat. 3-4 hari lepas tu hilanglah.
  5. Basuh muka dengan air bilasan beras. Keringkan dan cuci dengan air bersih. Mudahkan?
  6. Cuci muka dengan air bersih. Kemudian, sapu muka dengan air kelapa tua. Keringkan dan bilas. Amalkan 3 kali seminggu.
  7. Sapukan campuran tepung kanji dan air di sekeliling jerawat. Nanti jerawat mengecut lah.
  8. Gunakan sebungkus daun teh yang hijau, rebuskan daun teh. Sapukan air rebusan bila dah sejuk ke muka. Cuci dengan air suam.
  9. Guna kanji nasi pun boleh. Cara yang sama macam guna tepung kanji. Amalkan setiap hari hingga jerawat berkurang.
  10. Asah sikit kulit kayu manis, campur dengan madu sikit. Sapu kat muka sebelum tidur. Cuci esok paginya. Amalkan 3 kali seminggu.

Hilangkan Jerawat dan Parut Jerawat dengan Shaklee


SET KULIT JERAWAT

VITA E (120 biji)
- mengurangkan bekas parut
- memulihkan tektur kulit

tahan selama 4 bulan
WM  RM 149.00     EM  RM 154.00

B COMPLEX (120 biji)
- Mengurangkan penyebab jerawat
- Memberi mood ceria

tahan selama 4 bulan
WM  RM 53.75     EM  RM 56.25

VITA C (180 biji)
- Meningkatkan kolagen semulajadi
- Menyekat bakteria penyebab jerawat

tahan selama 6 bulan
WM  RM 92.50.00     EM  RM 97.50

ESP
- Protein yang memperbaharui sel kulit
- Mengurangkan bekas parut

tahan selama 1-2 bulan
WM  RM 150.00     EM  RM 155.00




UNTUK Mendapatkan Harga Yang Lebih Murah, Anda Boleh Mendaftar Sebagai Ahli.
JIMAT Sehingga 15-20 % dan Banyak Lagi Kelebihan Menjadi Ahli.

BOLEH Hubungi Kami di

SITI NOR RASYIDAH HASSAN
SID 1167689
014 5562704

C.O.D Area : Sekitar Johor Bahru, UTM Skudai, UTHM Johor
Pengeposan seluruh Malaysia.

PUNCA sakit pinggang..Aduhh, sakitnya tuh disini..

~Punca dan Cara Atasi Sakit Pinggang~

"Mak selalu ngadu sakit pinggang. Nak buat kerja terbatas. Tiap malam minta urut dan sapu minyak panas. Kesian tengok mak. Macamana nak bantu mak nih?"

Orang selalu anggap sakit pinggang merupakan masalah biasa. Ramai yang pandang ringan namun jika dibiarkan ia boleh membataskan pergerakkan tubuh kita dan kita sukaar bergerak melakukan kerja seharian. Pernah tak rasa? Susah kan nak buat kerja?

Apa punca dan cara atasi sakit pinggang?

Sebelum kita cerita cara merawat, jom kita kongsi apa punca sakit pinggang sebenarnya. 

Punca Sakit Pinggang :
  • Ada gangguan mekanikal pada struktur fungsi tulang belakang
  • Gerak atau struktur badan yang salah ketika bongkok atau angkat barang yang berat
  • Pemakaian kasut tumit tinggi juga boleh mneyebabkan sakit pinggang kerana tulang belakang di bahagian pinggan ada lengkungan ke depan. Jika lengkungan itu berlebihan akan menimbulkan sakit pinggang
  • Tidur dengan alas atau tilam yang terlalu lentur sehingga membuatkan tulang belakang mengikut bentuk lenturan alas tidur itu
  • Kurang bersenam boleh menyebabkan lentur sendi-sendi turut menurun sehinggan otot-otot mudah cedera walaupun gerakan yang sederhana seperti membongkok dan mengangkat
  • Sakit pinggang juga mungkin kerana sesuatu penyakit lain seperti gangguan ginjal, penyakit jantung, penyakit tulang dan gangguan metabolik
  • Kedudukan postur tubuh yang salah juga merupakan faktor sakit pinggang seperti duduk membongkok dan lain-lain
  • Kekurangan kalsium juga punca sakit pinggang di mana keadaan ini selalu berlaku pada ibu hamil, menyusu dan warga tua

Cara Atasi Sakit Pinggang :
  • Pastikan anda duduk dengan postur tubuh yang betul
  • Elakkan kasut bertumit tinggi. Digalakkan memakai kasut tanpa tumit atau tumit rendah dan rata.
  • Faktor pemilihan tilam yang baik dapat bantu kurangkan sakit pinggang atau elakkannya
  • Pengambilan supplemen atau kalsium yang mencukupi atau 4 gelas susu sehari

Mampu Tak Minum Susu 4 Gelas Sehari??

OSTEMATRIX kan adaa....

Tahu tak 1 biji Ostematrix Shaklee bersamaan 1 gelas susu.
Sehari 4 biji Ostematrix mampu mewakili 4 gelas susu. Sesuai juga untuk orang yang tak suka minum susu.

Bukan hanya menyumbang kalsium yang diperlukan, tetapi Ostematrix juga mempunyai fungsi lain.


Ostematrix juga boleh merawat penyakit-penyakit lain dengan kombinasi yang berbeza.

Boleh hubungi Wakil Pengedar Shaklee Anda di

SITI NOR RASYIDAH HASSAN
SID 1167689
0145562704
insta : sn_rasyidah

Sunday 22 February 2015

JOM!! Jatuh Cinta Dengan ~~~ ESP SHAKLEE

Kenali ESP Shaklee


JOM berkenalan dengan 'hot seller' kami iaitu ESP (Energy Soy Protein Isolate Powder). Sebelum tu, jom ambil fakta tentang 'PROTEIN' dulu..

Protein adalah sangat penting untuk tubuh badan.

KENAPA??

Sebab setiap organ-organ, tisu dan otot kita semuanya terdiri sebahagian daripada protein. Tulang, kuku, rambut, otot dan organ-organ seperti jantung, paru-paru di bentuk daripada protein. Begitu juga plasma, antibodi, enzim dan hormon terbentuk daripada protein. Berbilion-bilion sel yang membentuk tubuh badan kita semuanya bergantung kepada protein untuk bertugas, membaiki sel, membentuk sel baru dan menganti tisu-tisu yang rosak. Kalau tak dibentuk dengan baik, dibaiki dan diganti, macamana otot,organ dan apa yang ada pada tubuh kita ni nak sempurna dan sihat?

Wlaupun kita boleh dapatkan protein daripada daging, ikan dan ayam, protein terbaik adalah dari tumbuhan kerana ia bebas dari lemak dan kolestrol. 

Dan Protein ESP ni berasaskan soya berkualiti tinggi dan Non-GMO.
" ESP Soy Protein Isolate Powder merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan acid amino penting. Ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya."
ESP adalah protein yang berasaskan tumbuhan berkualiti dngan kandungan 14gram protein soya dan 500gram kalsium bagi setiap hidangan ini amat baik untuk kesihatan jantung.

ESP bantu mengekalkan otot, memperbaiki tisu dan fungsi enzim dan hormon yang teratur.

ESP bantu menyokong sistem imun, mengekalkan tahap kolestrol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat.

APA ESP DAPAT BANTU ANDA??

* KAWAL PARAS GULA
Tahukah anda, indeks glisemik bagi karbohidrat adalah bergantung kepada kesannya terhadap gula dalam darah.
ESP mengandungi paras glisemik indeks yang rendah dan dapat membantu mengekalkan paras gula dalam darah yang normal kerana ia melepaskan gula ke dalam sistem badan secara perlahan.

*KAWAL LAPAR & BERTENAGA
Protein mampu membantu kawal rasa lapar dan ia telah terbukti dapat mengekalkan tenaga dengan lebih lama (Energy Booster). Fungsi ini sangat sesuai untuk orang nak kurus dan ibu yang menyusukan anak. ESP juga dapat membantu membanyakkan susu badan.

*KULIT GEBU CANTIK
Kebanyakkan masalah kecantikan adalah kulit gelap, kusam, jeragat, ton tidak sekata adalah disebabkan oleh kekurangan protein untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati.
ESP merupakan protein terbaik yang dapat membentuk, membaiki dan membina sel yang sihat dan cantik dan mudah menerap vitamin kerana sel yang sihat. Protein cukup, sel sihat dan cantik, anda pun cantik kiut miut....

LAGI TENTANG ESP ....


BERMINAT nak cuba ESP yang superb nih??

1 canister hanya RM150.00
Boleh digunakan sehingga 1-2 bulan !!
Tapi saya rasa anda memerlukan 2 dan lebih canister untuk kesan yang terrrbaikkk!!
Jom dapatkan ESP ilihan ramai....

Hubungi pengedar Shaklee anda --->>>>>>

SITI NOR RASYIDAH HASSAN
SID 1167689
014 5562704
insta: sn_rasyidah

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.

PENTING !! Air Putih Memberi Banyak Kelebihan

~1001 Kelebihan Minum Air Kosong~

Berikut 8 sebab yang ingin saya kongsikan kepada anda semua tentang kebaikan minum air putih.
1. Menguruskan badan
Khabar gembira buat para wanita yang tengah berdiet. Air putih tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita.

2. Meningkatkan kesuburan
Air putih dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.
3. Melancarkan sistem pencernaan
Minum air putih dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.
4. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser
Air putih bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.
5. Perawatan kecantikan
Kekurangan pengambilan air putih menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkerut.
6. Tubuh lebih segar dan sihat
Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.
7. Menyihatkan jantung
Air putih juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air putih.
8. Ubat kepada penyakit strok
Air putih tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.

AIR kosong PENAWAR pelbagai jenis PENYAKIT

Kajian para sainstis mendapati  amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai manfaat. Japanese Medical Society, misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu. Amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.
Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan di Negara matahari terbit ini ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, system jantung, arthristis, degupan jantung yang pantas, epilepsy, lemak berlebihan, bronchitis, tibi, meningitis, buah pinggang, dan jangkitan pada air kencing.
Bagaimanapun, amalan minum air  kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu menigkatkan beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.
1.   Minum empat gelas air (160ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum menggosok gigi.
2.   Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan dan minum apa-apa selama untuk 45 minit.
3.   Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
4.   Selepas 15 minit mengambil sarapan , makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh dua jam.
5.   Bagi pesakit yang lanjut usia dan yang tidak larat minum empat gelas air sekali gus di peringkat permulaan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.
6.   Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu.
•   Tekanan darah tinggi 30 hari.
•   Gastrik 10 hari
•   Diabetis 30 hari
•   Sembelit 10 hari
•   Kanser 18 hari
•   Tibi 90 hari
7.   Pesakit arthritis hanya perlu mengikut rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan
Ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali di peringkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil.
•   Demikian, berusahalah tidur lena. Jangan tidur pada lewat malam.
Sumber:Kem Pembangunan Kekeluargaan Wanita.
air-kosong-mineral-suam
  • Kandungan air dalam tubuh yang mencapai 90% berfungsi dalam proses pencernaan, penyerapan, makanan, kitaran, menghasilkan air liur, pemicu nutrisi tubuh, serta menjaga suhu badan.
  • Apabila otot berasa sakit dan penat, ia menandakan cecair dalam tubuh kita tidak seimbang. Oleh sebab itu, disarankan untuk minum lebih banyak air sebelum dan ketika bersukan bagi menggantikan cecair yang hilang melalui perpeluhan.
  • Air juga berfungsi dan mampu mengawal kalori, ia dapat mengurangkan pengumpulan lemak berlebihan di dalam badan. Sayur-sayuran, sup, gandum dan kekacang antara makanan yang mengandungi banyak air serta mengalami penyerapan yang perlahan. Ini menyebabkan kita mudah berasa kenyang dan ia mengurangkan pertambahan kalori.
  • “Sampah” utama dalam tubuh adalah ‘nitrogen urea’ yang larut dalam air, kemudian disaring oleh ginjal dan dibuang melalui air kencing. Ginjal akan bekerja dengan air sekiranya air dalam tubuh seimbang. Tubuh yang cukup air menghasilkan air kencing yang berwarna terang, tidak berbau dan mengalir lancar.
  • Air juga berfungsi menjaga proses pencernaan. Sekiranya air di dalam tubuh kurang, usus besar akan menyerap kembali cecair dari kotoran. Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya sembelit atau sukar buang air besar kerana terlalu kering.
Itulah khasiat dan kebaikan air putih ini atau lebih di kenali air masak atau air kosong. Tapi jangan lupa pula, jika minum air terlalu banyak juga bileh menyebabkan keracunan air dengan cepat. Keracunan air terjadi apabila air mengurangkan tahap ‘sodium’ di dalam saluran darah dan menyebabkan ketidakseimbangan air dalam otak.

SEBAB PERLU MINUM AIR MASAK

Air tidak dinafikan merupakan sebatian kimia yang paling penting di atas muka bumi. Ia merupakan tunjang kepada kehidupan dan tidak keterlaluan jika kita menyebut, “jika tiada air, maka tiadalah kehidupan”. Ia juga merupakan faktor utama mengapa bumi terpilih di antara planet-planet yang lain sebagai kediaman mutlak untuk semua jenis hidupan, memandangkan bumi adalah antara planet yang terlembab dan kaya dengan air. 70.9% permukaan bumi adalah air.
Sejarah juga telah menunjukkan, terbentuknya tamadun-tamadun besar adalah disebabkan oleh air. Wujudnya tamadun Mesapotamia adalah disebabkan wujudnya Sungai Tigris, manakala hidupnya tamadun Mesir kuno adalah disebabkan hidupnya Sungai Nil yang sentiasa mengalir sepanjang tahun tanpa henti. Ia merupakan asas keperluan nombor satu manusia! Kita mungkin boleh hidup selama sebulan tanpa makanan, tetapi tanpa air, kita mungkin akan mati tak sampai seminggu!
Pemilihan air juga adalah penting untuk memastikan kita mendapat 100% manfaat daripadanya. Menyuruh seseorang itu untuk minum air bukan bererti seseorang itu perlu minum teh tarik, kopi tarik, atau segala jenis minuman yang manis-manis. Tetapi seeloknya, dapatkan air yang nampak lebih asli seperti air, nampak rupa fizikalnya seperti air, dan rasanya juga seperti air. Air apakah itu? Tentulah ianya “Air Masak” atau sesetengah memanggilnya “Air Kosong”.
Terdapat beberapa sebab mengapa anda harus minum air kosong dengan secukupnya.
1. 60% badan manusia adalah air
Manusia memerlukan sekurang-kurangnya 3 liter air setiap hari. Air amat penting untuk tubuh kerana tekanan darah akan lebih konsisten sekaligus membuatkan jantung berfungsi dengan lebih konsisten. Air juga berfungsi untuk membawa keluar semua toksin/kekotoran yang terhasil dalam tubuh manusia (dikeluarkan menerusi peluh dan air kencing).
2. Sifar Kalori
Tiada sebab untuk anda tidak mahu minum air masak kerana ia langsung tidak mengandungi sebarang kalori.
3. Sumber Alkaline termurah
Kebanyakkan makanan yang diambil seperti nasi, kentang, manisan, makanan yang berlemak, dan protein adalah bersifat acidic. Kehadiran air masak yang bersifat sedikit alkaline semestinya akan meneutralkan kembali pH makanan yang diambil.
4. Memantapkan metabolisma
Mengambil air masak selepas makan membantu melancarkan lagi sistem penghadaman, sekaligus meningkatkan proses pembebasan tenaga.
5. Pelarut nutrien
Vitamin larut air seperti B kompleks dan Vitamin C memerlukan air sebagai pelarut. Air juga merupakan medium utama yang membawa semua nutrien seperti ini ke seluruh anggota badan yang memerlukan.
6. Mengurangkan risiko penyakit jantung
Satu kajian selama enam tahun pada tahun 2002 oleh American Journal of Epidemiology mendapati mereka yang minum lebih daripada 5 gelas air sehari adalah 41% kurang berisiko meninggal dunia akibat serangan jantung.
7. Mengurangkan risiko kanser
Pengambilan jumlah air yang mencukupi juga telah menunjukkan mampu untuk mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 45% dan risiko kanser pundi kencing sebanyak 50%. Ia juga berpotensi untuk mengurangkan risiko kanser payudara.
8. Melembutkan kulit secara semulajadi
Air amat penting dalam membantu sel-sel badan menjadi segah. Ini tidak terkecuali sel kulit manusia yang semestinya memerlukan lemak dan air yang mencukupi untuk kelihatan lembab dan tidak kering.
9. Menyeimbangkan suhu badan
Suhu badan manusia boleh diseimbangkan dengan pengambilan air masak yang mencukupi. Mereka yang kurang minum air terutamanya air masak semestinya kelihatan kurang bermaya dan tubuh badan akan berasa sedikit panas. Anda boleh rasai sendiri gejala-gejala ini pada sebelah petang ketika berpuasa. Ini adalah disebabkan badan anda kekurangan air.
10. Mencegah keletihan dan pening kepala
Sememangnya terdapat banyak sebab mengapa seseorang itu cepat letih atau pening kepala. Namun, jangan anda tak tahu kekurangan air dalam badan juga (dehydration) merupakan faktor utama mengapa seseorang itu pening kepala atau keletihan. Sekiranya anda pening kepala dan berjumpa doktor, soalan pertama yang doktor akan ajukan pada anda ialah, “Hari ini ada minum air masak tak? Berapa kali?”

Saturday 14 February 2015

33 PETUA TRADISIONAL KEMPIS PERUT~~~

[33 PETUA TRADISIONAL KEMPIS PERUT]



1. JANGAN BERLAPAR

Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi


2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN

Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.


3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI

Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.


4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS

Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM

Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.


6. AMBIL SARAPAN PAGI

Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di
dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN

Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL

Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.



10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet

15. Ambil makanan yang berempah

Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan

Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. Simpan Satu Diari

Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada
keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda
dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus

Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.
19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.
20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di
sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!
21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.
22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.
23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.
24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing

i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.

PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING



Berat yang Berlebihan

Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkannya.
26. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.
Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.
27. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.
28. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

29. Nak Turunkan Berat Badan

Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

30. Badan Langsing Selepas Bersalin

Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut : Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.
Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis. Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

31. Mengurangkan buncit

Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.

32. Mengempiskan Perut

Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba

33. Kempiskan Perut Anda

Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik

===========================================================

33 PETUA TRADISIONAL yang boleh diamalkan untuk proses menurunkan berat badan dan langsingkan tubuh


UNTUK cara moden, kami ada menyediakan set turunkan berat dari SHAKLEE


1. BAKAR 

LECITHIN + OMEGA
Bertindak sebagai pemecah dan pembakar lemak dan kolestrol.

LECITHIN (1-2 bulan) - EM RM 52.50   WM RM 55.00
OMEGA (1-2 bulan) - EM RM 136.00     WM RM 140.00

2. BUANG

ALFALFA + HERBLAX
Bertindak memudahkan dan membuang lemak, toksin dalam badan.

ALFALFA (S) (1-2 bulan) - WM RM 53.75    EM RM 58.25
ALFALFA (L) (2-3 bulan) - WM RM 97.50    EM RM 102.50
HERBLAX (up to 7 bulan) - WM RM 52.50     EM RM 55.00

3. BINA

ESP + CINCH
Bertindak membina otot dan mengelak kulit menggelebeh setelah proses membuang.

ESP (1-2 bulan) - WM RM 150.00     EM RM 155.00
CINCH (2-3 bulan) -WM RM 173.00     EM RM 181.00


*Produk SHAKLEE telah terbukti selamat dan berkesan jika consumer mengikut jadual pengambilan secara konsisten.


JIKA ANDA BERMINAT UNTUK MENDAPATKAN SEBARANG PRODUK DARI SHAKLEE, HUBUNGI WAKIL PENGEDAR ANDA di


SUPERVISOR to be SITI NOR RASYIDAH HASSAN
Whatsapp 0145562704